- pastikan sebelum cuti anda mempunyai passport yang masih sah tempoh. Jika passport anda tempoh sahnya kurang daripada 6 bulan. Anda diwajibkan untuk memperbaharui passport anda di Jabatan Imigresen yang berdekatan dengan anda.
- sebagai peringatan anda digalakkan untuk menyemak nama anda bersih daripada senarai hitan untuk ke luar negara.
- pastikan wang tunai mencukupi dan tukar wang mengikut mata wang negara yang akan anda lawati. Jika anda mempunyai Kad kredit/debit daripada Bank Tempatan. Sila maklumkan kepada bank anda mengaktifkan kad kredit/debit anda untuk kegunaan diluar negara. Maklumkan tarikh dan tempoh serta tempat yang anda akan lawati. Untuk mengelakkan transaksi diluar jangka dan kad kredit/debit disekat jika tidak memaklumkan kepada pihak bank terlebih dahulu.
- Pastikan tiket pesawat anda sudah ditempah terkebih dahulu. Bagi mereka yang inginkan tambang penerbangan yang murah, anda disarankan untuk membeli tiket ketika promosi. Ini boleh menjimatkan perbelanjaan anda.
- Tempah hotel penginapan anda. Sekarang banyak kemudahan di laman sesawang untuk tempahan hotel penginapan. anda hendaklah membaca terlebih dahulu dan fahamkan terma dan syarat sebelum membuat tempahan hotel. Paling penting tarikh dan tempat yang hendak di tuju.
- Telefon bimbit amat berguna sekali ketika melancong keluar negara sila aktifkan ROAMING. Ini memudahkan anda berhubung. Cara lain anda membeli kad sim di nagara anda lawati. Jangan lupa untuk menghubungi keluarga anda atau sahabat anda apabila sudah sampai di negara yang anda lawati.
- Bagi mereka yang menghidap sakit asma, darah tinggi, kencing manis atau sebagainya. Anda dinasihatkan supaya membawa bekalan ubat yang mencukupi.
- Semasa di lapangan terbang awasilah bagasi anda sebab nanti ada orang masukkan barang terlarang di dalam bagasi tanpa disedari.
- Yang penting!!!!! sila patuhi undand-undang ketika berada dinegara yang anda lawati.
- Maklumkan kepada jiran anda bahawa anda pergi bercuti dalam tempoh beberapa hari agar dapat mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.
lagu
Tuesday, May 26, 2015
Tips melancong atau bercuti...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment