GST atau Cukai Barang dan Perkhidmatan bermula dilaksanakan pada 1 April 2015 merupakan cukai baru
yang dikenakan oleh kerajaan bagi menggantikan SST, Cukai Jualan dan
Perkhidmatan. Cukai yang dikenakan ialah sebanyak 6%. Ianya sebagai
penambahbaikan sistem kewangan oleh kerajaan
serta mencari sumber pendapatan yang baru dengan meningkatkan kecekapan
pungutan cukai.
Semua barangan jualan dan perkhidmatan yang ada Malaysia
akan dikenakan GST beserta barangan yang diimport dari luar negara. Setiap
peringkat transaksi akan dikenakan GST bermula dari pengilang, pemborong,
peruncit hinggalah kepada pengguna. Cukai GST lebih telus berbanding cukai SST
kerana SST dikenakan kepada pelanggan yang membeli barangan sahaja.
Namun begitu, terdapat barangan yang tidak dikenakan cukai
ini iaitu barang asas makanan iaitu ayam, dagigng lembu, telur, beras, roti,
sayur-sayuran, buah-buahan, petrol RON95, Diesel, tol, minyak kelapa. Bagi perkhidmatan
yang tidak dikenakan GST pula ialah kemudahan perkhidmatan asas
seperti bekalan air paip
dan 200 unit
pertama penggunaan elektrik sebulan
(bagi pengguna domestik), perkhidmatan pengangkutan, perkhidmatan kesihatan
dan pendidikan, pengeluaran
pasport dan lesen,
jual beli dan sewaan
rumah kediaman serta
tanah pertanian.

No comments:
Post a Comment