lagu

Tuesday, May 26, 2015

Kompleks Bebas Cukai Bukit Kayu Hitam



      Kompleks bebas cukai ini terletak di bandar Bukit Kayu Hitam merupakan sebuah lagi mercu tanda yang terdapat di utara Negeri Kedah di dalam daerah Kubang Pasu. Kompleks membeli-belah ini merupakan sempadan yang memisahkan bandar Bukit Kayu Hitam dengan kawasan Danok yang terletak di Selatan Thailand. Ianya merupakan salah satu daripada pintu masuk utama pelancong daripada Negara Thailand. 

      Bukit Kayu Hitam adalah merupakan penghujung Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS). Kat sinilah letaknya pintu sempadan  masuk ke Negara seberang, Thailand. Beberapa buah kompleks perniagaan jualan murah dan bebas cukai didirikan di sini iaitu Kompleks Bebas Cukai Bukit Kayu Hitam. Sebelum sampai ke Kompleks  tersebut,  perlu melalui Kompleks kastam dan imigresen dahulu bagi mengelakkan masuk tanpa permit.
         
      Apa yang menarik kompleks ini adalah disebabkan barang jualan yang begitu murah dan menarik. Seperti baju, kain, kasut , wangian dan sebagianya. Dekat sini juga ada kedai coklat seperti di Langkawi. Rambang mata juga lah bila datang sini.  Kebanyakkan orang sini masih lagi boleh berbahasa melayu dan menggunakan mata wang Malaysia.

No comments:

Post a Comment