lagu

Monday, May 25, 2015

Taman Rekreasi Bukit Wang




         Taman Rekreasi Bukit Wang , kira-kira 40 kilometer (km) dari Bandar Alor Setar dan 12 km dari Pekan Jitra antara tempat rekreasi yang menjadi tumpuan pada setiap kali hujung minggu. Istimewanya, taman ini memiliki kawasan mandi yang panjang iaitu kira-kira satu kilometer (km) dan sesuai untuk semua peringkat umur.

         Meskipun tidak memiliki air terjun yang tinggi, ia tetap menjadi pilihan kerana persekitaran yang masih terpelihara.Bagi remaja yang mahir berenang, mereka boleh lakukan aksi terjun tiruk di tebing setinggi kira-kira lima meter. Pengunjung dewasa boleh mandi di kawasan yang agak dalam, sekali gus mengembalikan nostalgia zaman kanak-kanak mereka.

         Bagi penggemar aktiviti lasak, mereka boleh melakukan aktiviti meredah hutan dan memanjat bukit atau berjoging di laluan masuk ke kawasan perkelahan itu sambil melihat pelbagai jenis spesies tumbuhan hutan seperti pokok rumbia dan periuk kera.

                                             Image result for taman rekreasi bukit wang

                  

 

No comments:

Post a Comment