lagu

Thursday, May 21, 2015

Daerah Kubang Pasu



Kedah Darulaman atau lebih dikenali dengan Negeri Kedah adalah antara negeri yang terletak di Semenanjung Malaysia selain daripada Perlis. Merupakan pengeluar beras utama untuk rakyat Malaysia kerana struktur geografi tanah yang agak rata bersesuaian dengan penanaman padi. Kedah juga merupakan kawasan perdagangan suatu dahulu. Kedah merupakan Pelabuhan Kepulauan Melayu bagi pengembara Arab, India dan Iran yang berdagang hasil rempah mereka ke seluruh pelusuk benua termasuk Asia Tenggara. 
Kubang Pasu ialah antara 12 daerah yang terdapat dalam negeri Kedah. Mempunyai keluasan 94,596 hektar , struktur tanah yang rata dan sedikit berbukit disebelah Timur. Daerah ini bersempadan dengan Perlis serta merupakan kawasan sempadan antarabangsa (Malaysia – Thailand) melalui Bukit Kayu Hitam.
 Tunku Anum telah menerima daerah Kubang Pasu hadiah daripada Sultan Ahmad Tajuddinn Halim Syah II, Sultan Kedah (1804-1843) atas jasa Tunku Anum yang telah berjaya membebaskan Kedah daripada cengkaman Siam serta telah Sultan Ahmad Tajuddin Halim Syah II di atas takthanya. Gelaran  “Kubang Pasu Darul Qiyyam” atau “Negeri Yang Berdiri Teguh” ialah nama yang diberikan oleh Tunku Anum keatas Kubang Pasu. Kubang Pasu terletak paling utara di negeri Kedah dan merupakan antara kawasan pengajian pendidikan tinggi di Kedah dengan adanya Universiti Utara Malaysia dan Matrikulasi Kedah.  

No comments:

Post a Comment