SOFEA HOMESTAY D'CHANGLUN
lagu
Tuesday, May 26, 2015
PADANG BESAR , PERLIS
Padang Besar terletak di Perlis, sempadan Malaysia dan Thailand. terletak kira-kira 42 km dari changlun ke Padang Besar. Padang Besar di buka dari 9.00 pg - 6.00 ptg. Banyak yang boleh diperoleh di Padang Besar kerana pelbagai jenis kedai dibuka. Antaranya kedai baju, kraftangan, makanan,tekstil, cenderahati, toto dan macam- macam lagi. Harga pun berpatutan dan kita juga boleh tawar- menawar untuk mendapatkan harga yang sesuai,.
Tips melancong atau bercuti...
- pastikan sebelum cuti anda mempunyai passport yang masih sah tempoh. Jika passport anda tempoh sahnya kurang daripada 6 bulan. Anda diwajibkan untuk memperbaharui passport anda di Jabatan Imigresen yang berdekatan dengan anda.
- sebagai peringatan anda digalakkan untuk menyemak nama anda bersih daripada senarai hitan untuk ke luar negara.
- pastikan wang tunai mencukupi dan tukar wang mengikut mata wang negara yang akan anda lawati. Jika anda mempunyai Kad kredit/debit daripada Bank Tempatan. Sila maklumkan kepada bank anda mengaktifkan kad kredit/debit anda untuk kegunaan diluar negara. Maklumkan tarikh dan tempoh serta tempat yang anda akan lawati. Untuk mengelakkan transaksi diluar jangka dan kad kredit/debit disekat jika tidak memaklumkan kepada pihak bank terlebih dahulu.
- Pastikan tiket pesawat anda sudah ditempah terkebih dahulu. Bagi mereka yang inginkan tambang penerbangan yang murah, anda disarankan untuk membeli tiket ketika promosi. Ini boleh menjimatkan perbelanjaan anda.
- Tempah hotel penginapan anda. Sekarang banyak kemudahan di laman sesawang untuk tempahan hotel penginapan. anda hendaklah membaca terlebih dahulu dan fahamkan terma dan syarat sebelum membuat tempahan hotel. Paling penting tarikh dan tempat yang hendak di tuju.
- Telefon bimbit amat berguna sekali ketika melancong keluar negara sila aktifkan ROAMING. Ini memudahkan anda berhubung. Cara lain anda membeli kad sim di nagara anda lawati. Jangan lupa untuk menghubungi keluarga anda atau sahabat anda apabila sudah sampai di negara yang anda lawati.
- Bagi mereka yang menghidap sakit asma, darah tinggi, kencing manis atau sebagainya. Anda dinasihatkan supaya membawa bekalan ubat yang mencukupi.
- Semasa di lapangan terbang awasilah bagasi anda sebab nanti ada orang masukkan barang terlarang di dalam bagasi tanpa disedari.
- Yang penting!!!!! sila patuhi undand-undang ketika berada dinegara yang anda lawati.
- Maklumkan kepada jiran anda bahawa anda pergi bercuti dalam tempoh beberapa hari agar dapat mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.
Kompleks Bebas Cukai Bukit Kayu Hitam
Bukit Kayu Hitam adalah merupakan
penghujung Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS). Kat sinilah letaknya pintu sempadan
masuk ke Negara seberang, Thailand.
Beberapa buah kompleks perniagaan jualan murah dan bebas cukai didirikan di
sini iaitu Kompleks Bebas Cukai Bukit Kayu Hitam. Sebelum sampai ke
Kompleks tersebut, perlu melalui Kompleks kastam dan imigresen
dahulu bagi mengelakkan masuk tanpa permit.
Apa
yang menarik kompleks ini adalah disebabkan barang jualan yang begitu murah dan
menarik. Seperti baju, kain, kasut , wangian dan sebagianya. Dekat sini juga ada kedai coklat seperti di Langkawi. Rambang mata juga lah bila datang sini. Kebanyakkan orang sini masih lagi boleh
berbahasa melayu dan menggunakan mata wang Malaysia.
Subscribe to:
Comments (Atom)


